IPOH – Bandar Raya Ipoh mempunyai potensi besar dalam sektor pelancongan berasaskan kepada makanan atau gastronomi setanding dengan negeri lain seperti Pulau Pinang.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, kepelbagaian makanan yang menjadi identiti di samping mudah untuk didapati pengunjung menjadi antara tarikan utama di bandar raya itu.
Katanya, keistimewaan itu bukan sahaja mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong, malah ia juga boleh dijadikan sebagai produk pelancongan yang menggabungkan elemen sejarah, warisan dan perpaduan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





