Pemandu lori cedera parah langgar belakang treler

IPOH – Seorang pemandu lori cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan treler di KM266.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi pada Selasa.

Lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan cedera parah di bahagian pinggang hingga ke bawah serta patah tangan kiri dan kanan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pada jam 2.40 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya digerakkan dan tiba di lokasi pada jam 2.46 pagi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori Bonded telah melanggar bahagian belakang sebuah trelar dan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 27 tahun tersepit di dalam lori bonded.

“Ketua operasi kemudiannya melaksanakan size-up dan seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan hidraulik khas rescue tool,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, mangsa yang cedera parah diserahkan keada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysa (KKM) yang hadir dan dihantar menggunakan ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Operasi yang dianggotai tujuh anggota itu tamat pada jam 3.41 pagi,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI