TH terpaksa diselamatkan dengan bailout lebih RM10 bilion akibat penyelewengan – Zulkifli

KUALA LUMPUR – Kerajaan terpaksa menyelamatkan Tabung Haji (TH) menerusi bailout melebihi RM10 bilion selepas institusi itu berdepan krisis kewangan akibat penyelewengan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, langkah penyelamatan itu dibuat bagi memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji dan bukannya bertujuan mengambil alih aset institusi berkenaan.

Beliau berkata, dakwaan kononnya aset TH dijual kepada bukan Islam atau kaum Cina adalah fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi menanam kebencian dan mencetuskan hasutan.

“Aset berkenaan kini merupakan hak milik Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.

“Tiada aset yang dijual kepada bukan Islam mahupun kepada kaum Cina seperti yang difitnahkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menanamkan kebencian dan membuat hasutan.

“Aset ini adalah hak milik Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan menteri mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH serta usaha dan tindakan yang diambil bagi memulihkan kedudukan kewangan institusi itu pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.

Zulkifli berkata, TH berdepan keadaan genting apabila jurang defisit antara aset dan liabilitinya melebar kepada lebih RM10 bilion pada suku keempat 2018.

Katanya, ketika itu hanya berbaki kira-kira tiga bulan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah kewangan yang dihadapi TH.

“TH ketika itu adalah tidak solven dan perlu diselamatkan.

“Keadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan (bailout) TH dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya TH kembali solven serta kekal mampan untuk jangka panjang,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI