MGPerak: Empat Penghuni Rumah Jagaan Di Tanjung Rambutan Didakwa Bunuh Rakan

63

IPOH – Empat penghuni rumah jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang rakan penghuni lain di Tanjung Rambutan, minggu lalu.

Tertuduh, Ahmad Faiz Mohd Rauhi, 35, Zaid Shaari, 50, Radzuan Suboh, 55, dan Abdul Halim Mohd Niza, 47, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini