Empat penghuni rumah jagaan di Tanjung Rambutan didakwa bunuh rakan 

IPOH – Empat penghuni rumah jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang rakan penghuni lain di Tanjung Rambutan, minggu lalu. 

Tertuduh, Ahmad Faiz Mohd Rauhi, 35, Zaid Shaari, 50, Radzuan Suboh, 55, dan  Abdul Halim Mohd Niza, 47, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan. 

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Faiz didakwa telah membunuh Mohd Fauzir Hussin 54, antara jam 5 hingga 5.41 petang di sebuah pusat jagaan di Taman Chong Kwee, Tanjung Rambutan pada 4 Ogos 2026.

empat penghuni rumah jagaan didakwa bunuh empat penghuni didakwa bunuh, penghuni rumah jagaan didakwa membunuh, kes bunuh rumah jagaan Tanjung Rambutan, empat lelaki didakwa bunuh, kes bunuh di Tanjung Rambutan kes bunuh di Tanjung Rambutan empat penghuni rumah jagaan Mahkamah Majistret Ipoh lelaki didakwa membunuh rakan kes bunuh rumah jagaan Ipoh
Empat penghuni rumah jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan membunuh dan menyebabkan kematian seorang rakan penghuni lain di Tanjung Rambutan, minggu lalu.
Tertuduh, Ahmad Faiz Mohd Rauhi, 35, Zaid Shaari, 50, Radzuan Suboh, 55, dan Abdul Halim Mohd Niza, 47, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norizan Ridzuan. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 OGOS 2026

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Pada prosiding sama, Zaid, Radzuan, dan Abdul Halim masing-masing didakwa melakukan perbuatan dengan niat hendak menyebabkan kematian terhadap individu sama dan bersama-sama melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Perbuatan yang didakwa dilakukan pada jam, lokasi serta tarikh sama oleh ketiga-tiga tertuduh itu dibuat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan menetapkan 11 September sebagai tarikh sebutan semula serta serahan laporan bedah siasat, perubatan penuh yang berkaitan serta laporan psikiatri. 

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki maut selepas dipercayai dibunuh di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan, dengan terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa.

Susulan itu polis telah menahan lima lelaki terdiri daripada seorang penjaga dan empat penghuni pusat jagaan berusia antara 35 hingga 55 tahun bagi membantu siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kes kematian penghuni rumah jagaan: Premis beroperasi tanpa lesen, mangsa dipukul, dipijak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI