KPDN tumpaskan kegiatan seleweng diesel subsidi nelayan, rampasan setengah juta

TELUK INTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan dengan nilai rampasan melebihi setengah juta dalam serbuan di sebuah jeti di Hutan Melintang, di sini, pada Selasa.

Serbuan kira-kira jam 1.50 petang itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Cawangan Teluk Intan menerusi Op Tiris 4.0 (Bersepadu), susulan risikan selama dua minggu berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan berkenaan.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menerima bekalan diesel bersubsidi nelayan sebanyak 32,760 liter menggunakan sebuah lori tangki berkapasiti 52 tan.

penyelewengan diesel subsidi nelayan Keyphrase synonyms: seleweng diesel subsidi nelayan, diesel bersubsidi nelayan diseleweng, penyelewengan diesel bersubsidi, kes diesel subsidi nelayan, KPDN tumpas penyelewengan diesel 5 Related keyphrases: KPDN tumpas penyelewengan diesel subsidi rampasan diesel subsidi RM599,058 32,760 liter diesel subsidi disita diesel subsidi nelayan Hutan Melintang Op Tiris 4.0 KPDN Perak
Sekitar pemeriksaan yang dijalankan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Cawangan Teluk Intan menerusi Op Tiris 4.0 terhadap aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah jeti di Hutan Melintang. Foto KPDN Perak

Katanya, walau bagaimanapun, pihaknya berjaya mengesan ketidakpatuhan serius terhadap dokumentasi penghantaran bahan api berkenaan.

“Alamat yang tertera pada dokumen ‘delivery order’ tidak sepadan dengan alamat lesen sah barang kawalan minyak diesel yang dimiliki oleh premis tersebut yang juga Pusat Jualan Diesel Bersubsidi Nelayan di Hilir Perak. 

“Selain itu, semakan lanjut bersama pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri Perak mendedahkan bahawa lori tangki berkenaan tidak tersenarai dalam senarai yang dibenarkan untuk mengangkut dan membawa minyak diesel bersubsidi nelayan ke daerah itu,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut di lokasi turut menemukan bukti dipercayai berlaku penyelewengan rekod penjualan diesel kepada bot nelayan yang layak menerima subsidi.

“Rekod jualan yang ditemukan menunjukkan transaksi kepada sembilan buah bot, namun pemeriksaan fizikal dan semakan mendapati hanya empat buah bot sahaja yang benar-benar membuat tuntutan minyak serta selesai mengambil minyak di jeti ini pada tarikh tersebut.” katanya.

Justeru Kamalludin berkata, KPDN mengesyaki diesel berkenaan berkemungkinan dibawa keluar menggunakan kenderaan darat seperti lori atau dijual semula kepada bot yang tidak layak pada harga industri atau lebih tinggi daripada harga pasaran.

penyelewengan diesel subsidi nelayan Keyphrase synonyms: seleweng diesel subsidi nelayan, diesel bersubsidi nelayan diseleweng, penyelewengan diesel bersubsidi, kes diesel subsidi nelayan, KPDN tumpas penyelewengan diesel 5 Related keyphrases: KPDN tumpas penyelewengan diesel subsidi rampasan diesel subsidi RM599,058 32,760 liter diesel subsidi disita diesel subsidi nelayan Hutan Melintang Op Tiris 4.0 KPDN Perak
Sekitar pemeriksaan yang dijalankan pegawai dan anggota Penguat Kuasa KPDN Cawangan Teluk Intan menerusi Op Tiris 4.0 terhadap aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah jeti di Hutan Melintang. Foto KPDN Perak

Jelas beliau, kemungkinan itu turut mengambil kira harga diesel industri ketika ini yang mencecah RM4 seliter.

Susulan itu beliau berkata, KPDN mengambil tindakan terhadap pemilik premis dan pembekal yang disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ujar Kamalludin, pihaknya menyita 32,760 liter diesel, sebuah lori tangki serta beberapa dokumen berkaitan untuk siasatan lanjut.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM599,058, yang merangkumi nilai minyak diesel sebanyak RM149,058 dan kenderaan lori tangki bernilai RM450,000. Selain itu, dua individu turut ditahan bagi membantu siastan,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Ujar beliau, jika disabitkan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, manakala badan korporat boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPDN Perak sita 80 tong LPG di Batu Kurau

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI