Bapa tunggal mengaku tidak bersalah cuba samun, cederakan wanita dukung bayi

IPOH – Seorang bapa tunggal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Jumaat atas pertuduhan cubaan merompak dan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita, pada awal bulan lalu.

Tertuduh, Lee Koon Yew, 49, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norhayati Mohamad Yunus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan rompakan dan dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas mangsa berusia 26 tahun di sebuah rumah di Laluan 10, Taman Batu Gajah Perdana, dalam daerah Kinta, sekitar jam 11.40 pagi, 8 Ogos 2026.

Kesalahan itu dibuat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, M Raveenaa, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh, namun jika mahkamah membenarkan jaminan atas budi bicara beliau menawarkan wang jaminan RM20,000.

Beliau berkata ini kerana, ketika kejadian mangsa sedang mendukung seorang bayi berusia dua bulan selain mengalami kecederaan sehingga dimasukkan ke hospital akibat dipukul tertuduh.

“Hujahan tersebut diambil kira sebagai satu faktor pemberatan untuk hujahan jaminan,” katanya.

Peguam yang mewakili tertuduh, A Dhirren, memohon mahkamah mengenakan wang jaminan yang minima memandang tertuduh seorang penganggur yang perlu menanggung dua anak masing-masing berusia 23 dan 21 tahun.

Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin, selain dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, tidak mengganggu saksi pendakwaan, serta menyerahkan passport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 23 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen.

Media sebelum melaporkan tular di media sosial video berdurasi 54 saat yang memaparkan insiden pergelutan seorang lelaki cuba menyamun pasangan suami isteri di sebuah rumah di Batu Gajah.

Dilaporkan, dalam pergelutan itu lelaki itu telah mengambil sebatang playar dari dalam beg sandang dan menghayunkannya sebelum mengenai tangan kiri mangsa wanita.

Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri menggunakan motosikal miliknya yang diletakkan di kawasan rumah mangsa, namun terjatuh sebelum meninggalkan motosikal serta beg sandang yang mengandungi peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan pecah rumah. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis tahan lelaki disyaki terlibat kejadian samun di Batu Gajah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI