Pusat jagaan warga emas perlu piawaian seragam seluruh negara

IPOH – Penyelarasan peraturan dan piawaian asas bagi pusat penjagaan warga emas di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi memastikan golongan berkenaan menerima perkhidmatan penjagaan yang berkualiti dan selamat.

Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya Zulkifli berkata, ketika ini aspek pelesenan pusat penjagaan warga emas masih berkait dengan peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT), menyebabkan wujud perbezaan dari segi syarat dan peraturan mengikut negeri serta daerah.

Katanya, penyelarasan berkenaan juga perlu mengambil kira terhadap pelbagai faktor agar risiko kepada isu pengabaian terhadap sektor penjagaan warga emas dapat dikurangkan.

“Kadangkala pusat penjagaan hanya mengambil pekerja berdasarkan kemampuan mereka untuk membayar gaji bulanan, tanpa melihat kelayakan atau latar belakang calon, sedangkan perkhidmatan penjagaan memerlukan kemahiran dan tahap keprihatinan tertentu.

“Situasi ini menimbulkan banyak kes penderaan serta pengabaian penghuni pusat kebajikan sebelum ini dan hal yang sama perlu kita elakkan daripada terpakai kepada warga emas kerana skop tugas penjagaannya adalah hampir sama,” katanya.

pusat jagaan warga emas Keyphrase synonyms: pusat penjagaan warga emas, pusat jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua, pusat jagaan warga emas seluruh negara Related keyphrase 1: piawaian pusat jagaan warga emas Related keyphrase 2: peraturan pusat penjagaan warga emas Related keyphrase 3: penjagaan warga emas di Malaysia Related keyphrase 4: ekonomi penjagaan warga emas Related keyphrase 5: keselamatan warga emas
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya binti Zulkifli ketika sesi bergambar pada Majlis Penutup Seminar Kependudukan Bersempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia Negeri Perak 2026 di Tower Regency Hotel and Suite, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 OGOS 2026.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Seminar Kependudukan Negeri Perak sempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia tahun 2026 di Tower Regency Hotel and Suite, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah LPPKN Perak, Chai Cheng Ho@Dennis Chai serta Timbalan Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Perak, Mohd Syariff Abdul Wahab.

Seminar berkenaan mengangkat tema ‘Penuaan Bermaruah: Komuniti Prihatin, Warga Emas Terjamin’.

Juwairiya memberitahu, isu berkenaan turut mempunyai kaitan dengan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 yang diluluskan di peringkat Dewan Negara pada Julai lalu.

pusat jagaan warga emas Keyphrase synonyms: pusat penjagaan warga emas, pusat jagaan orang tua, pusat penjagaan orang tua, pusat jagaan warga emas seluruh negara Related keyphrase 1: piawaian pusat jagaan warga emas Related keyphrase 2: peraturan pusat penjagaan warga emas Related keyphrase 3: penjagaan warga emas di Malaysia Related keyphrase 4: ekonomi penjagaan warga emas Related keyphrase 5: keselamatan warga emas
Timbalan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Juwairiya binti Zulkifli ketika sidang media pada Majlis Penutup Seminar Kependudukan Bersempena Sambutan Hari Penduduk Sedunia Negeri Perak 2026 di Tower Regency Hotel and Suite, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 OGOS 2026.

Kata beliau, kerangka terhadap pelaksanaan Akta Profesion Kerja Sosial kelak perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin supaya ia dapat diterjemahkan dengan berkesan di peringkat akar umbi.

Jelas beliau ini kerana, keperluan penjagaan warga emas mempunyai persamaan dengan penjagaan golongan rentan lain seperti kanak-kanak yang mana aspek keselamatan, perhatian, kemudahan infrastruktur dan keperluan perlu sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Dalam pada itu, Juwairiya berkata, konsep ekonomi penjagaan atau ‘care economy’ kini mula diberi perhatian menerusi beberapa inisiatif, termasuk di Selangor yang telah memperkenalkan dasar sama pada tahun ini.

Kata beliau di peringkat Persekutuan pula, isu penjagaan sudah dimasukkan dalam kerangka strategik dan pelan tindakan khusus, namun dasar berkaitan ekonomi penjagaan masih dalam proses untuk diperincikan.

“Di peringkat kerajaan, kemudahan yang kita ada hanyalah Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang lebih bersifat memfokuskan kepada pemerkasaan komuniti, belum lagi diiktiraf sebagai pusat jagaan penuh.

“Walaupun LPPKN memfokuskan skop ke arah memelihara institusi keluarga secara keseluruhan, termasuk peranan penjagaan warga emas serta kerjasama erat bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Justeru kita berharap gabungan kepakaran dari LPPKN bersama JKM ini dapat dimanfaatkan untuk menambah baik mutu sistem sokongan sedia ada,” katanya lagi.- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

TVET penjagaan warga emas, strategi tepat Perak Sejahtera 2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI