Perak cadang wujud tabung khas bantu sektor terjejas bencana

IPOH – Kerajaan Perak bercadang mewujudkan tabung khas bagi membantu sektor yang terjejas akibat faktor cuaca dan musim tertentu seperti fenomena El Nino.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan itu telah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) selepas isu kemerosotan pendapatan petani akibat fenomena berkenaan dibawa pada mesyuarat berkenaan.

Menurutnya, ini bagi memastikan bantuan dapat disalurkan secara lebih menyeluruh kepada rakyat yang terjejas, bukan hanya tertumpu kepada satu-satu sektor.

“Perkara itu sudah dua kali dibawa ke Mesyuarat Exco bagi membincangkan masalah kehilangan pendapatan petani di Perak Tengah dan kita sedang memperhalusinya.

“Kita tidak boleh mengambil tindakan berasaskan satu-satu kes sahaja kerana apabila kita mula membantu satu kumpulan, nanti akan datang laporan daripada Kerian dan kawasan lain. Itu baru satu sektor,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) pada Mesyuarat Kedua, Tahun Keempat Dewan Negeri Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata, kerajaan negeri turut perlu mengambil kira golongan lain yang mungkin terjejas akibat perubahan cuaca termasuk penoreh getah, pekebun kelapa sawit dan nelayan darat.

“Jadi, kita tak boleh tengok hanya berasaskan kepada satu-satu kumpulan saja untuk membantu rakyat dan kena lihat yang lain dan kita pun dah bercadang dalam mesyuarat itu supaya bajet tahun depan kita akan wujudkan tabung khas untuk tujuan ini,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Jabatan Pertanian Perak diminta kemuka cadangan bantu petani hadapi El Nino – Exco Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI