TAIPING – Situasi banjir di daerah Larut Matang dan Selama (LMS) pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di Dewan Orang Ramai Changkat Larah dekat sini, ditutup petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah LMS, Nasrul Menhat berkata, PPS berkenaan telah ditutup secara rasmi pada jam 2 petang.
“Saya dimaklumkan, semua rumah mangsa terjejas dengan bencana banjir telah surut sepenuhnya dan semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing.
“Sehubungan itu, dimaklumkan penutupan PPS berkenaan hari ini, Selasa pada jam 2 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menghargai kerjasama semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam pengoperasian PPS tersebut.
PPS berkenaan telah dibuka pada jam 8.30 malam tadi petang selepas Taman Larah Damai, Kampung Changkat, Taman Lela dan Taman Kamunting Mutiara terjejas akibat banjir. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Taiping Banjir: 76 mangsa ditempatkan di sebuah PPS


