Belanjawan 2027: PM beri bayangan berita gembira buat mahasiswa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayang berita gembira kepada mahasiswa di universiti menjelang pengumuman Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.

Namum beliau memohon golongan itu bersabar sambil memberi jaminan kerajaan sentiasa mendengar suara mereka yang terpaksa mengikat perut ketika menimba ilmu di menara gading.

“Ada anak-anak di universiti kata kita nak belajar tapi kita lapar. Kita tumpukan itu, nanti saya umum masa Belanjawan (2027) nanti. Sabar dulu semuanya. Anak-anak miskin, tak mampu, terpaksa berhutang. Hal-hal ini kita kena dengar dan jawab.

“Saya tegaskan, negeri ini bukan miskin. Negeri ini Alhamdulillah mempunyai kekayaan. Kalau hilang pun puluh-puluh bilion ini kerana amalan penyakit penyamun-penyamun itu ya.

“Dan anak-anak mesti bangkit tolak-tolak-tolak, jangan tolak ansur. Jangan jahanamkan negara ini, kita hapuskan penyamun-penyamun itu,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menerima kertas polisi Forum Ekonomi Belia 2026 pada Forum Ekonomi Belia 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 03 OKTOBER 2026.

Beliau berkata demikian ketika  berucap dalam  Forum Ekonomi Belia 2026  di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar turut membidas netizen yang sering mengkritik kerana menggunakan platform bertemu mahasiswa dengan mengaitkan dengan isu politik.

“Dalam media sosial kata, Anwar PMX ini guna ruang cakap dengan anak-anak politik. Kamu ingat anak-anak ini bodoh ke? Anak-anak ini cerdik-cerdik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI