Titah Sultan Perak wajib dipatuhi, pegawai khas MB tidak terkecuali

IPOH – Semua pihak perlu menghormati serta mematuhi titah Sultan Perak berhubung larangan ahli politik menyampaikan ucapan di masjid dan surau, termasuk pegawai khas yang dilantik mana-mana pemimpin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, larangan itu turut terpakai kepada dirinya sendiri sebagai Menteri Besar yang menggalas tanggungjawab Exco Agama.

“Saya tidak pasti kesahihan aktiviti itu. Siapa yang membuat dakwaan itu, dia bertanggungjawab untuk membuktikannya. Sebab pada saya, very simple, titah tuanku itu mesti dipatuhi.

“Walaupun MB ketua agama, dia pun tidak berani untuk berucap dalam mana-mana masjid, apatah lagi pegawai khas.

“Dia tak boleh melakukannya, tapi orang yang mendakwa itu kena buktikan. Tak bolehlah kita tuduh semborono,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Konvensyen Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak 2026 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pemuda Pas Perak yang menggesa seorang Pegawai Khas Menteri Besar Perak perlu direhatkan, sementara siasatan dijalankan susulan dakwaan menyampaikan ucapan di sebuah masjid dalam daerah Kerian.

Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak, Nurhafizul Badrul Hisham dilaporkan berkata, tindakan berkenaan menimbulkan persoalan berhubung pematuhan terhadap titah Sultan Perak berkaitan larangan ahli politik menyampaikan ucapan di masjid dan surau.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, sekiranya dakwaan berkenaan benar-benar berlaku, pihaknya meminta supaya pegawai khas terbabit untuk memohon maaf. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Berucap dalam masjid: Bekas ADUN, AJK masjid dikenakan tindakan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI