Belanjawan 2027: RM459.84 bilion untuk perbelanjaan negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memperutukkan sebanyak RM459.840 bilion bagi Belanjawan 2027, menurut Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2027.

Daripada jumlah anggaran itu, 40.1 peratus hasilnya adalah melalui cukai pendapatan.

Manakala 21.1% lagi dari cukai tidak langsung, hasil bukan cukai (18.2%), pinjaman dan penggunaan asset kerajaan (17.2%) dan cukai langsung lain ialah 3.4%.

Jumlah perbelanjaan mengurus (OE) dianggar sebanyak RM376.8 billion pada 2027, meningkat 3.8% berbanding anggaran disemak pada 2026 dengan perbelanjaan ditumpukan kepada perkhidmatan awam asas serta sokongan bersasar kepada rakyat termasuk bantuan sosial dan subsidi.

Peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) naik kepada RM83 billion dengan sumber disalurkan kepada program dan projek di Bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) khusus dalam projek infrastruktur, pembangunan, modal insan dan projek berdaya tahan terhadap perubahan iklim yang berpotensi menghasilkan kesan pengganda tinggi.

Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan menggalakkan pada 2027 dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh, aktiviti pelaburan berterusan serta peningkatan momentum pada sektor utama khususnya berkaitan teknologi.

Laporan Tinjauan Fiskal 2027 berkata, dari aspek perbelanjaan, sumber fiskal akan terus diperuntukkan secara berhemat dan diutamakan kepada program yang memberi pulangan ekonomi dan sosial yang tinggi.

Jumlah perbelanjaan operasi (OE) dianggar sebanyak RM376.8 billion pada 2027, meningkat 3.8% berbanding anggaran disemak pada 2026 dengan perbelanjaan ditumpukan kepada perkhidmatan awam asas serta sokongan bersasar kepada rakyat termasuk bantuan sosial dan subsidi.

Peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) naik kepada RM83 billion dengan sumber disalurkan kepada program dan projek di Bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) khusus dalam projek infrastruktur, pembangunan, modal insan dan projek berdaya tahan terhadap perubahan iklim yang berpotensi menghasilkan kesan pengganda tinggi.

Pelaksanaan Akta 882 akan terus memperkukuhkan ketelusan, persaingan yang terbuka dan nilai untuk wang dalam perolehan kerajaan, sekali gus menyokong penggunaan sumber awam yang cekap.

Selaras dengan konsolidasi fiskal jangka sederhana di Bawah Akta 850, desifit fiskal diunjur berkurang kepada 3.3% daripada KDNK pada 2027.

Dengan konsolidasi yang disesuaikan dengan keadaan ekonomi semasa, keperluan pinjaman akan terus dikawal, sekali gus menyokong profil pembiayaan lebih mampan dan memperkukuhkan trajektori hutang dalam jangka sederhana.

Peningkatan penyertaan sektor swasta melalui pendekatan Kerjasama awam swasta (PPP) dan pelaburan bersama akan melengkapi pembiayaan awam bagi infrastruktur serta mengalakkan pelaburan dalam bidang yang mempunyai kesan limpahan ekonomi yang tinggi dan potensi pertumbuhan jangka masa panjang. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI