Arkib Negara Malaysia mengambil inisiatif mendokumentasikan warisan adat kehamilan dan kelahiran pelbagai kaum di negara ini bagi memastikan amalan tradisi berkenaan terus dipelihara sebagai khazanah sejarah untuk rujukan generasi akan datang.
Ketua Pengarahnya, Zaidin Mohd Noor berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi penganjuran Majlis Bicara Warisan Adat Kehamilan dan Kelahiran Kaum di Negeri Perak yang diadakan pada hari ini.
Menurutnya, program itu menghimpunkan wakil empat kaum, iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asli Temiar, bagi berkongsi pengetahuan mengenai adat serta budaya berkaitan kehamilan dan kelahiran dalam masyarakat masing-masing. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #arkibnegara #dokumentasiwarisan





