Tiada syarikat Malaysia dikesan terbabit pembakaran hutan di Indonesia – Fahmi

PUTRAJAYA – Tiada syarikat Malaysia dikesan terbabit dalam aktiviti pembakaran hutan di Indonesia setakat ini, menurut maklumat yang dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Jurucakap kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan mengambil maklum tindakan pihak berkuasa Indonesia terhadap 11 syarikat berkaitan isu kebakaran hutan.

Bagaimanapun, katanya, setakat maklumat yang diterima kerajaan Malaysia, tiada syarikat tempatan dikenal pasti terlibat dalam aktiviti berkenaan.

“Setakat ini tiada syarikat Malaysia yang dikesan terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan di Indonesia.

“Perkembangan itu turut dimaklumkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri ketika kerajaan membincangkan isu kebakaran hutan dan jerebu serta hubungan dua hala Malaysia-Indonesia,” ,” katanya pada sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, katanya, Malaysia mengekalkan tawaran untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan, termasuk melalui penyediaan aset sekiranya diperlukan.

“Bagaimanapun, Kementerian Luar dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam masih menunggu maklum balas penuh Indonesia mengenai bentuk bantuan yang bersedia diterima,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan dijangka terus memantau perkembangan isu berkenaan, khususnya dari segi kesan kebakaran hutan terhadap kualiti udara dan kemungkinan pencemaran rentas sempadan.

“Malaysia turut menekankan kepentingan meneruskan hubungan diplomatik yang baik dengan Indonesia, termasuk dalam menangani isu yang memerlukan kerjasama kedua-dua negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI