MGPerak: Anugerah Khas Pendidik Suntik Semangat Terus Berbakti, Bantu Generasi Muda Hadapi Cabaran

90

IPOH – Pengiktirafan menerusi Anugerah Khas Pendidik 2026 menjadi pembakar semangat buat tokoh pendidikan Islam di Perak untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pendidikan agama di negeri ini.

Penerima anugerah, Pengetua Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) Maahad Al-Islah, Teluk Intan, Agus Lokman Sulam, 58, berkata penghargaan itu amat bermakna buat dirinya selepas lebih tiga dekad menabur bakti dalam dunia pendidikan Islam.

Sementara itu, seorang lagi penerima, bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Mohd Zulkhairi Mohd Nor, 58, berkata, keikhlasan dan usaha melaksanakan amanah sebaik mungkin menjadi prinsip sepanjang tiga dekad dalam bidang pendidikan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini