Banjir: 119 mangsa masih berlindung di PPS di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah

KUALA LUMPUR – Situasi banjir di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah tidak banyak berubah dengan sebanyak 119 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri berkenaan setakat pagi ini.

Di NEGERI SEMBILAN, dua PPS dibuka di Kuala Pilah sejak awal pagi tadi membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Orang Ramai Dangi yang menempatkan 71 orang daripada 30 keluarga setakat 8.30 pagi.

Berdasarkan data InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa terdiri daripada 24 lelaki, 32 wanita termasuk warga emas dan 15 kanak-kanak

Di PERAK, hujan berterusan di daerah Kerian semalam menyebabkan 23 orang daripada tujuh keluarga dipindahkan ke PPS SK Titi Serong yang dibuka lewat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa adalah penduduk dari Taman Aman Sejahtera dan Taman Desa Aman 1 di Titi Serong.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Perak dijangka mengalami hujan berserta ribut petir petang ini termasuk di daerah Kinta, Kuala Kangsar, Kampar, Manjung, Batang Padang dan Muallim.

Di KEDAH, sebanyak 25 orang daripada lapan keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Penghulu Mukim Bukit Raya setakat 8 pagi.

Menurut JPBN Kedah, kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Pulai dan Kampung Senggora di Pendang.

Sementara itu, banjir di PERLIS pulih sepenuhnya selepas PPS Dewan Batu 5 yang dibuka sebagai pusat transit pada Isnin lepas ditutup sepenuhnya 9 pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Unit Kuala Perlis Lt (PA) Muhamad Saiful Abdullah berkata kesemua sembilan orang daripada tiga keluarga yang masih berada di dewan itu setakat 6 petang semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas air surut sepenuhnya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI