Perak sasar 20,000 pengunjung sempena Majlis Sambutan Deepavali 14 November ini

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung pelbagai kaum sempena Majlis Sambutan Deepavali 2026 Peringkat Negeri Perak yang akan berlangsung di Stadium Indera Mulia, di sini, pada 14 November ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, majlis rumah terbuka itu akan bermula jam 2 petang.

Menurutnya, penganjuran majlis berkenaan mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan semua kaum mendapat perhatian sewajarnya, selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Perak.

“Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta Exco kerajaan negeri dijangka akan menghadiri sambutan anjuran kerajaan negeri itu,” katanya.

Perak sasar 20,000 pengunjung sempena Majlis Sambutan Deepavali 14 November ini
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan menyantuni peniaga ketika mengadakan lawatan ke Bazar Deepavali di Little India, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bazar Deepavali di Little India, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Sivanesan berkata, perpaduan perlu terus dipelihara bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri itu kekal terjamin.

“Penduduk di Malaysia mempunyai komposisi yang sangat unik dan telah hidup secara aman damai selama ini dan saya harap keamanan ini akan kekal.

“Bagaimanapun, jika ada mana-mana pihak yang ingin menggugat keamanan ini akan diambil tindakan sewajarnya,” tegasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saarani santuni komuniti India di Lenggong, sampaikan sumbangan sempena Deepavali

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI