Perak terus bantu masyarakat India menerusi pendidikan, TVET

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan terus memperkukuh pembangunan masyarakat India menerusi pelbagai inisiatif termasuk bantuan kepada rumah ibadat, program keagamaan dan moral serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, masyarakat India merangkumi kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri itu, dengan majoritinya beragama Hindu.

Menurutnya, perubahan landskap pekerjaan turut menyaksikan sebahagian besar masyarakat India yang sebelum ini bekerja dalam sektor perladangan telah beralih ke bidang pekerjaan lain.

“Sebelum ini kaum India terlibat dalam kerja-kerja di sektor perladangan. Tetapi sekarang antara lima hingga 15 peratus sahaja yang kerja di sektor tersebut manakala selebihnya telah berhijrah ke bandar dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bazar Deepavali di Little India, di sini hari ini.

Perak terus bantu masyarakat India menerusi pendidikan, TVET
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bazar Deepavali di Little India, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR

Sivanesan berkata, kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan bagi menyokong aktiviti keagamaan dan pembangunan komuniti India, selain memberi perhatian kepada usaha meningkatkan kemahiran golongan muda.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) berkata, program TVET penting untuk membantu golongan muda yang tercicir daripada pendidikan mendapatkan kemahiran dan peluang pekerjaan.

“Dalam Belanjawan Perak 2027 saya berharap aka nada tambahan peruntukan untuk TVET kerana ia telah berjaya menarik anak-anak muda yang tercicir daripada pendidikan untuk mengambil bahagian dalam program ini.

”Dalam sektor pendidikan pula, Perak mempunyai 134 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), jumlah tertinggi di Malaysia dan kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta setiap tahun bagi membantu sekolah berkenaan demi memastikan kebajikan dan keperluan pendidikan murid terus diberi perhatian,” ujarnya.

Katanya, usaha berterusan itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan setiap komuniti mendapat peluang pembangunan yang adil serta memperkukuh keharmonian masyarakat di Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

90 peratus peserta TVET Modular Perak berjaya ditempatkan bekerja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI