MELAKA – Barisan Nasional (BN) akan membuka ruang kepada wakil Perikatan Nasional (PN) untuk menganggotai kerajaan negeri Melaka sekiranya gabungan itu berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu selaras dengan semangat kerjasama yang telah dipersetujui antara kedua-dua gabungan bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.
Menurut beliau, perkara demikian telah dilakukan BN semasa pembentukan Kerajaan Perpaduan sebelum ini dengan menjemput Pakatan Harapan menyertai barisan Kerajaan Negeri Melaka meskipun mereka akhirnya membuat keputusan keluar dari menganggotai kerajaan negeri. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





