Lelaki maut ditetak tiga lelaki di Teluk Intan, wanita ditahan bantu siasatan

TELUK INTAN – Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetak menggunakan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai di sekitar daerah ini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu menerusi panggilan orang awam ke talian kecemasan sekitar jam 3.53 petang.

Katanya, mangsa yang berusia 48 tahun dan mengalami kecederaan parah itu dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa diserang tiga lelaki yang identiti mereka masih belum dikenal pasti menggunakan senjata tajam jenis parang.

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Lelaki maut ditetak di Teluk Intan 2. Keyphrase synonyms Kes bunuh di Teluk Intan, lelaki maut ditetak parang, kejadian tetak di Teluk Intan, lelaki maut diserang 3. Related keyphrases (5) 1. Kes bunuh di Teluk Intan 2. Lelaki maut ditetak parang 3. Tiga lelaki tetak mangsa 4. Wanita ditahan bantu siasatan 5. Polis Hilir Perak siasat kes bunuh
Sekitar lokasi kejadian seorang individu ditetak tiga individu lain di Teluk Intan. Foto PDRM

Beliau berkata, susulan itu seorang wanita warga tempatan berusia 27 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut Kok Lian, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, termasuk pergerakan individu atau kenderaan mencurigakan di sekitar lokasi, diminta tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak menerusi talian 05-629 9222 atau dengan hadir ke balai polis berhampiran.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya lagi. – MG PERAK

 

 

Artikel Berkaitan:

Wanita warga emas maut ditetak, jiran ditahan bantu siasatan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI