Cadangan pasang CCTV di sekolah diteliti sebelum dibawa ke Mesyuarat Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan meneliti dahulu cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sekolah sebelum ia dapat dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri nanti.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, penelitian itu termasuk dari segi kos serta kesan daripada pemasangan CCTV berkenaan.

pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika berucap pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

Namun jelas beliau, kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) menyambut baik cadangan itu sebagai usaha untuk memantau persekitaran sekolah agar terhindar daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

“Ada sekolah yang telah mengambil inisiatif dengan memasang CCTV melalui usaha pihak pentadbiran, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau sumbangan badan korporat.

“Walau bagaimanapun, kita perlu lihat dari segi prosedur operasi standard (SOP) terhadap pemasangan alat berkenaan.

“Kita akan lihat juga keperluan dan kepentingannya itu terhadap keselamatan serta keselesaan pelajar dan warga pendidik di sekolah berhubung cadangan itu,” katanya.

pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (dua,kiri) beramah mesra dengan para guru pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada program Taklimat dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Khamis.

Khairudin diminta mengulas berkenaan cadangan pemasangan CCTV di setiap sekolah bagi  merakam dan memantau sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Ia susulan kejadian seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dilanggar kereta jenis Perodua Ativa dipandu seorang pegawai kanan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru dekat sini, pada 15 Disember lalu.

pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (kiri) menyampaikan surat penempatan kepada para guru baharu pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

Dalam perkembangan sama, Khairudin berharap semua 767 guru yang menerima surat pelantikan dan penempatan untuk berkhidmat dengan cemerlang di samping, sentiasa menjaga imej sebagai seorang pendidik.

pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin pelajar CCTV sekolah Exco Perak sekolah CCTV guru pendidik perak Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika berucap pada Taklimat Dan Lapor Diri Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 Bagi Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Negeri Perak 2023 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 DISEMBER 2023.

“Guru adalah individu yang akan mencorakkan perjalanan, kejayaan, kecemerlangan anak-anak.

“Oleh sebab itu, mereka harus mempunyai nilai dan sikap yang baik supaya boleh diteladani oleh anak-anak murid mereka. Seperti kata, kepimpinan melalui teladan itu perlu kita praktikkan.

“Dan saya mengharapkan agar semua guru baru ini dapat menonjolkan sifat dan nilai pekerti yang cukup baik untuk dijadi ikutan kepada anak didik di sekolah masing-masing nanti,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jiwa tenang anggota polis dituduh di bawah 302KK – Bapa

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI