Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan pengampunan dan pembebasan awal kepada 58 banduan sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda ke-70, pada Jumaat.
Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Keselamatan dan Koreksional) Jabatan Penjara Malaysia, Rosoman Abu Bakar @ Che Din berkata, mereka terdiri daripada 55 lelaki dan tiga wanita yang kesemua berusia antara 28 hingga 64 tahun.
Katanya, kesemua banduan berkenaan menjalani hukuman di enam institusi penjara iaitu Penjara Tapah, Pusat Koreksional Kamunting, Pusat Koreksional dan Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Penjara Taiping, Penjara Seberang Perai dan sebuah penjara di Negeri Sembilan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #pembebasanbanduan #SultanPerak





