Banjir Perak: Jumlah mangsa di Hilir Perak meningkat 389 orang

TELUK INTAN – Bilangan mangsa banjir di daerah Hilir Perak terus merekodkan peningkatan kepada 389 orang melibatkan 115 yang ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini sehingga jam 8 pagi  hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi satu kenyataan berkata, perubahan jumlah mangsa dan keluarga di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) yang kini menempatkan 251 mangsa melibatkan 75 keluarga.

Menurutnya, jumlah mangsa di Dewan MPTI Langkap masih kekal 138 orang daripada 40 keluarga yang ditempatkan di situ sejak pagi Jumaat lalu.

“Kesemua mereka yang terjejas banjir ditempatkan di kedua-dua PPS itu adalah dari Kampung Batu 9 Changkat Jong, Kampung Batu 11/2 Jalan Bidor, Kampung Batu 8 Changkat Jong Felcra, Kampung Batu 7 ½ Jalan Changkat Jong dan Ladang Moccis.

“Manakala, penduduk di Kampung Batu 10 Changkat Jong ditempatkan di Dewan Rumah Rehat MPTI,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam kenyataan memaklumkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong telah melepasi paras merbahaya pada paras 3.92 meter.

“Sungai Kinta di Tanjung Tualang dan Sungai Kurau di Kolam Air Bukit Merah masing-masing mencatatkan bacaan amaran 12.12 dan 9.05 meter,” ujarnya.

Katanya, paras air di Sungai Kampar di Kampung Baru Kuala Dipang merekodkan bacaan waspada pada 22.08 meter. – MG PERAK

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: PPS baharu dibuka di Teluk Intan, 172 mangsa dipindahkan

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI