Fenomena Monsun Timur Laut (MTL) menyaksikan beberapa kawasan yang sering dilanda banjir di daerah Hilir Perak kembali dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat lalu.
Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) di beberapa lokasi mendapati limpahan air berlaku di sekitar Changkat Jong dan Jalan Bidor, menyebabkan kediaman penduduk di kawasan berkenaan terjejas akibat peningkatan paras air.
Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Batu 7 ½ Jalan Changkat Jong (Felcra), Kampung Batu 8, Kampung Batu 9, Kampung Batu 10 dan Ladang Moccis yang terletak di Changkat Jong. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #banjirkilat #ChangkatJong


