Wanita melecur muka, tangan dapur rumah terbakar

IPOH – Seorang wanita melecur pada muka serta tangan dalam kejadian kebakaran melibatkan dapur sebuah rumah di Jalan Tawas Gemilang 4, Taman Tawas Gemilang, di sini pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubungan insiden itu sekitar jam 8.56 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh digerakkan ke lokasi dan tiba sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kebakaran rumah jenis kelas A berukuran 22’ x 70’, melibatkan bahagian dapur memasak, musnah terbakar kira-kira 30 peratus.

“Ketua operasi dimaklumkan seorang mangsa wanita berusia 47 tahun melecur bahagian muka dan tangan dan telah dihantar ke klinik yang berhampiran oleh ahli keluarganya sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan penilaian situasi dan mengaplikasikan konsep RECEO sebelum anggota melakukan pemadaman bersumberkan air dari tangki jentera dan pili bomba yang berhampiran sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 10.15 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua mangsa renjatan elektrik telah sedar, seorang lagi melecur 80 peratus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI