Wanita maut, tiga selamat selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Siput

SUNGAI SIPUT – Seorang wanita maut manakala tiga individu termasuk dua kanak-kanak perempuan terselamat dalam kejadian dihanyutkan arus deras di Sungai Jalong Tinggi, Kampung Landap Kerbau, di sini, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.41 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 6 petang, dengan jarak perjalanan kira-kira 19 kilometer dari balai.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, tiga mangsa telah diselamatkan orang awam terdiri daripada seorang lelaki berusia 27 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

“Seorang lagi mangsa wanita berusia 37 tahun ditemukan di tebing seberang sungai dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata, ketua operasi melakukan penilaian awal sebelum memperoleh maklumat bahawa terdapat laluan darat yang boleh digunakan untuk menuju ke lokasi mangsa.

“Anggota kemudian menggunakan kenderaan utiliti pacuan empat roda jenis Toyota Hilux untuk sampai ke lokasi mangsa.

“Setibanya di sana, mangsa didapati masih tidak sedarkan diri sebelum anggota unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) memberikan bantuan awal menggunakan bantuan pernafasan (CPR),” ujarnya.

Katanya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak dua tahun hilang ditemukan lemas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI