IPOH – Buat julung kalinya, pembentangan Belanjawan Negeri Perak akan disertakan khidmat jurubahasa isyarat bagi membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran mengikuti perancangan kewangan negeri itu pada 24 November ini.
Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan sempena pembentangan Belanjawan Perak 2027 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pada hari pertama Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-15.
Menurut beliau, penyediaan khidmat berkenaan merupakan usaha memperluaskan akses maklumat kepada golongan OKU pendengaran supaya mereka turut berpeluang mengikuti pembentangan belanjawan negeri. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





