IPOH – Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak yang diperkenalkan kerajaan negeri disifatkan sebagai bantuan bermanfaat dalam meringankan beban pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mendapatkan bahan bacaan terutamanya buku berkaitan pengajian.
Bagaimanapun, mahasiswa di negeri ini berharap Belanjawan Perak 2027 tidak hanya tertumpu kepada bantuan pembelian buku, sebaliknya turut mengambil kira keperluan lain yang semakin membebankan golongan penuntut.
Tinjauan Malaysia Gazette Perak (MG Perak) mendapati, kebanyakan pelajar amat menghargai usaha kerajaan negeri menyediakan bantuan baucar buku namun berharap lebih banyak inisiatif lain disalurkan bersesuaian dengan keperluan semasa. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #PerakSejahtera2030 #BelanjawanPerak2027





