Perak umum BKK dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri

IPOH – Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) pada kadar dua bulan gaji kepada semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran negeri pada Belanjawan Negeri 2027.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian BKK itu termasuk kepada kepada ahli-ahli ex-officio, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, serta semua guru lantikan negeri yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Perak.

Katanya, orang besar jajahan, pegawai lantikan ‘contract for service’ dan kakitangan di bawah Kontrak MySTEP turut menerima pemberian sama, dengan bayaran penuh BKK akan dibuat pada 22 Disember ini.

“Kerajaan negeri turut memanjangkan pemberian BKK ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina dan India serta Tok Batin Kampung Orang Asli pada kadar RM600.

“Ia turut dipanjangkan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Guru-guru KAFA, Guru I’dadi dan Thanawi, Guru dan Penyelia Tadika Islam, Guru Aiman dan Guru Agama Dakwah yang ditadbir urus oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak pada kadar RM400,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2027 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Selasa.

Tambah Saarani, Yang Di-Pertua Dewan Negeri serta semua Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) juga menerima insentif BKK pada kadar dua bulan elaun, iaitu RM20,000 mana ia yang akan dibayar pada Januari tahun hadapan.

Jelas beliau, pemberian BKK itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri atas penjawat awam negeri yang bekerja di belakang tabir pentadbiran.

“Segala pencapaian yang kita banggakan hari ini turut terhasil daripada kesungguhan mereka yang bekerja di belakang tabir pentadbiran.

“Ada yang memastikan urusan rakyat diselesaikan, ada yang turun ke lapangan menyantuni masyarakat, dan ada yang terus memikul amanah walaupun berhadapan pelbagai cabaran,” ujarnya. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Perak umum BKK Hari Raya penjawat awam negeri RM1,500

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI