IPOH – Kekurangan tenaga pakar dalam bidang kesihatan mental, khususnya psikiatri kanak-kanak dan remaja, masih menjadi cabaran di Perak dalam usaha menangani peningkatan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan apabila negeri ini merekodkan 171 kes bunuh diri bagi tempoh 2025 hingga Jun 2026, termasuk 46 kes dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, Perak menduduki tempat keempat tertinggi di Malaysia bagi tempoh berkenaan, selepas Selangor dengan 277 kes, Kuala Lumpur (165 kes) dan Johor (148 kes). -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030





