MGPerak: Naik Taraf Stadium Perak Berbaki Dua Peratus, Dijangka Boleh Diguna 2027

74

IPOH – Kerja menaik taraf Stadium Perak kini mencapai 98 peratus dengan baki dua peratus lagi tertumpu kepada proses penyempurnaan dan memastikan keadaan padang mencapai tahap optimum sebelum dibuka untuk kegunaan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, baki kerja itu penting bagi memastikan rumput baharu mempunyai ketebalan, kepadatan serta kekuatan akar yang mencukupi.

Menurutnya, kerja penanaman rumput di stadium berkenaan sudah selesai sepenuhnya pada 1 Julai lalu, namun beberapa proses penyelenggaraan masih perlu dilaksanakan sebelum padang benar-benar sedia digunakan. -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #peraksejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini