Konsert di konvokesyen: UniKL mohon maaf

KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) memohon maaf atas kekhilafan berhubung segmen persembahan hiburan ketika Majlis Konvokesyen Ke-23 institusi itu baru-baru ini susulan teguran Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

UniKL dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengambil maklum keprihatinan masyarakat berhubung persembahan berkenaan dan memandang serius teguran yang disuarakan.

Menurutnya, sebagai institusi pendidikan di bawah MARA serta sebahagian daripada Kumpulan MARA Corp, pihak universiti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara yang dibangkitkan.

“Majlis konvokesyen adalah upacara kemuncak pengiktirafan ilmu yang wajar dipelihara adab dan kesantunannya. Oleh yang demikian, UniKL memohon maaf atas kekhilafan tersebut dan akan membentangkan langkah-langkah penambahbaikan kepada pihak MARA dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, UniKL turut merakamkan tahniah kepada seluruh graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-23.

Katanya, kejayaan setiap graduan adalah hasil usaha gigih serta pengorbanan bertahun-tahun dan kekal sebagai pencapaian yang membanggakan.

Ia susulan isu persembahan hiburan ala konsert yang disifatkan tidak wajar dan tidak beradab dalam majlis istiadat konvokesyen yang disifatkannya tidak beradab. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI