IPOH – Seramai 750 pelajar, ibu bapa serta guru menyertai Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana Sempena Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023/2024 di Laman Seri Ridzuan, malam tadi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bersama isteri, Datin Seri Aezer Zubin turut hadir menyantuni program tersebut. – MGPerak