Walaupun hanya sekadar jiran dan tidak mempunyai pertalian darah, namun Nor Suraya Sakunthala Abdullah, 53, sentiasa mengambil berat perihal wanita warga emas yang mendiami di sebuah rumah daif dengan dipenuhi sampah sarap dan takungan najis di Flat Taman Silibin, di sini.
Nor Suraya yang mendiami pangsapuri itu sejak 23 tahun lalu itu berkata, malah penduduk sekitar menanggap wanita berumur 77 tahun itu sebagai ibu mertuanya kerana keakraban mereka.
Dia yang bekerja di sebuah kilang berhampiran berkata, walaupun pendapatanya tidak seberapa namun dia tidak lokek membelikan makanan dan adakalanya ubat-ubatan kepada ibu dan anak berusia 46 tahun itu yang disapa ‘Wan’.
Menurutnya, semuanya berubah apabila kesihatan wanita itu mula teruk akibat penyakit darah tinggi sehingga menyebabkan anak lelakinya itu berhenti kerja dengan alasan mahu menjaga ibunya sejak lebih setahun lalu.