IPOH – Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) komited untuk memperluaskan peranan perpustakaan sebagai pemangkin kesejahteraan rakyat dengan memastikan akses ilmu yang inklusif, merapatkan jurang digital serta memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, bagi mendukung aspirasi Perak Sejahtera 2030, perpustakaan dilihat sebagai institusi strategik dalam memperkasa pembangunan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. – MGPerak





