IPOH – Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sedang menaik taraf 37 perpustakaan desa dengan dilengkapi sistem digital secara berperingkat tahun ini, daripada lebih 500 kemudahan sedia ada.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran berkata, kerja-kerja naik taraf berkenaan dilaksanakan menerusi peruntukan di bawah kementerian itu melalui program pemeliharaan dan penyelenggaraan dengan kira-kira 60 perpustakaan desa telah dinaik taraf tahun lalu. – MGPerak





