GOPENG – Perak akan melibatkan pembabitan pemain industri dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam dua jawatankuasa khas kerajaan negeri yang ditubuhkan bagi menangani impak krisis global terhadap ekonomi dan rakyat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat mengambil kira pelbagai pandangan pihak berkepentingan serta keperluan semasa di lapangan.
Katanya, Jawatankuasa Khas Impak Krisis Negeri Perak yang diwujudkan itu akan dipengerusikan beliau, manakala Jawatankuasa Pemantauan Impak Krisis Negeri Perak pula dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. – MGPerak





