Lelaki warga Thailand maut ditembak di kepala

MANJUNG – Seorang lelaki warga Thailand mati ditembak di kepala oleh sekumpulan disyaki warga Indonesia di perairan Pantai Remis semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner, Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu sekitar jam 12.20 tengah hari.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu mangsa berada di atas bot milik pengadu pada kedudukan latitude 45712.0N 991436.0E.

“Pengadu dimaklumkan oleh pekerjanya menerusi alat ‘walkie talkie’ dan mereka mengambil masa untuk perjalanan balik ke pelantar ikan di Pantai Remis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.

Beliau berkata, warga Thailand itu disahkan meninggal dunia dengan kesan tembakan di kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki ada 16 rekod jenayah maut berbalas tembakan dengan polis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI