Lelaki Orang Asli ditemukan maut tergantung pada pokok getah

GERIK – Seorang lelaki Orang Asli ditemui mati dipercayai menggantung dirinya pada sepohon pokok getah di Kampung Sarok Dala, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood  berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan mayat lelaki Orang Asli berkenaan.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan polis dari Balal Polis Gerik dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik telah pergi ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Hasil temubual dengan bapa mangsa yang berusia 51 tahun memaklumkan dia menyedari anak lelakinya yang berusia 31 tahun itu hilang semasa keluar dari hutan pada jam 9 malam kelmarin.

“Bapa mangsa telah meminta bantuan masyarakat setempat untuk mencari anaknya itu tetapi gagal ditemui.

“Bagaimanapun, anaknya ditemui meninggal dunia dalam keadaan tergantung di atas pokok getah sekitar jam 8 pagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, menerusi bedah siasat yang dijalankan Pegawai Uni Forensik Hospital Gerik pada jam 11 pagi hari ini, mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan tekanan pada leher mangsa.

“Pemeriksaan lanjut pada tubuh mangsa tidak menjumpai sebarang kecederaan lain atau unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kes mati mengejut,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki Nigeria lari serbuan polis ditemui mati

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI