Rogol pelajar: Reman sarjan disambung sehari

PARIT – Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang didakwa merogol pelajar perempuan di Seri Iskandar, dekat sini, tahun lalu disambung reman selama sehari, di Mahkamah Majistret Parit.

Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin membenarkan permohonan untuk menyambung reman lelaki itu bermula pada Rabu.

Lelaki berusia 42 tahun ditahan pada 28 Januari lalu di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu sebelum ini sedang direman selama empat hari.

sarjan rogol pelajar mahkamah parit polis perak pelajar perempuan tingkatan empat sarjan rogol pelajar mahkamah parit polis perak pelajar perempuan tingkatan empat
Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang didakwa merogol pelajar perempuan di Seri Iskandar, dekat sini tahun lalu disambung reman selama sehari, di Mahkamah Majistret Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Parit pada jam 8.50 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Media sebelum ini melaporkan kejadian rogol melibatkan pelajar Tingkatan Empat itu dikatakan berlaku dua kali, masing-masing di hadapan balai polis dan di kawasan parkir pasar raya dalam daerah Perak Tengah pada Julai dan Oktober tahun lalu.

sarjan rogol pelajar mahkamah parit polis perak pelajar perempuan tingkatan empat sarjan rogol pelajar mahkamah parit polis perak pelajar perempuan tingkatan empat
Seorang anggota polis berpangkat sarjan yang didakwa merogol pelajar perempuan di Seri Iskandar, dekat sini tahun lalu disambung reman selama sehari, di Mahkamah Majistret Parit. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JANUARI 2024.

Perbuatan suspek yang juga Timbalan Ketua Balai itu terbongkar selepas mangsa bertindak memberitahu ibunya, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes terbabit pada 20 Januari lalu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis tahan anggota, bantu siasatan kes rogol pelajar

Pelajar tingkatan empat dakwa dirogol sarjan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI