4 etnik Rohingya dicekup 15 km dari depot Imigresen

TAPAH – Sebahagian daripada 131 pendatang tanpa izin (PATI) warga asing dari Myanmar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 3.30 petang tadi.

Empat daripada etnik Rohingya itu ditemui dalam kawasan paya dan semak berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding yang berada dalam kawasan Kampung Poh kira-kira 15 kilometer dari Depot Imigresen Sementara Bidor dekat sini.

Kesemua pelarian etnik Rohingya yang ditahan berusia antara 17 hingga 22 tahun.

4 etnik Rohingya dicekup 15 km dari depot Imigresen
Empat daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 3:30 petang tadi, berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

Penduduk Kampung Poh, Mohamad Yunus Abu, ketika ditemui di lokasi memaklumkan kesemua tahanan tersebut ditemui sewaktu operasi mencari dijalankan bersama 15 penduduk kampung berkenaan.

“Saya dan rakan-rakan dihubungi sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk membuat bantuan pencarian pelarian dari depot malam tadi

“Kami kemudian menggerakan antara 10 ke 15 orang ke kawasan berkenaan. Apabila kita masuk kita dapati ada pergerakan dalam semak.

“Pekerja di kolam ikan berhampiran memberi isyarat kepada kita secara melambai menunjukkan ada isyarat dalam semak dan kawasan berpaya itu.

4 etnik Rohingya dicekup 15 km dari depot Imigresen
Penduduk Kampung Poh, Mohamad Yunus Abu, pada sesi temu ramah berkaitan menemui empat daripada 131 lelaki warga asing dari Myammar termasuk etnik Rohingya merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

“Jadi, kita atur untuk kepung kawasan tersebut dengan meredah hutan kira-kira 500 meter dari jalan kampung untuk sampai ke lokasi tempat empat tahanan itu dijumpai,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, langkah keselamatan turut diambil dengan mengarahkan kesemua tahanan tersebut untuk duduk dan jangan lari selain menyuruh mereka membuka baju untuk menjalankan pemeriksaan bimbang mereka membawa senjata atau benda tajam.

“Alhamdulillah, kesemua tahanan dapat ditangkap,” kata pesara yang juga bekas Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak itu.

4 etnik Rohingya dicekup 15 km dari depot Imigresen
Tok Batin Kampung Orang Asli Sanding, Aziz Bah Meruang, 45, pada sesi temu ramah berkaitan menemui empat daripada 131 lelaki warga asing dari Myammar termasuk etnik Rohingya merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah, malam tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Sanding, Aziz Bah Meruang, 45, dia menerima maklumat dari salah seorang penduduk kampung sekitar jam 2 petang sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 36 minit kemudian.

Katanya, penahanan etnik Rohingya itu masih tidak melegakan hati penduduk memandnagkan mereka difahamkan terdapat lebih 100 pelarian yang masih bebas.

4 etnik Rohingya dicekup 15 km dari depot Imigresen
Empat daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 3:30 petang tadi, berhampiran perkampungan Orang Asli Sanding. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 FEBRUARI 2024.

“Memang risau perkara macam ini memang tak pernah berlaku. Memang kami ada dapat info semalam dah lari semua tahu. Mungkin ada saki baki (pelarian) dan risau kerana kami penduduk ramai remaja budak-budak takut kena ugut,” luahnya dalam keadaan bimbang. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI