Agong harap nilai bida RM1.75 juta plat FFF 1 diguna bantu rakyat

KUALA LUMPUR – Nombor plat kenderaan keluaran khas FFF 1 menjadi milik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Menurut pentadbir Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, nombor plat kenderaan tersebut menjadi milik Sultan Ibrahim selepas baginda membida dengan nilai tertinggi iaitu sebanyak RM1.75 juta.

“Seri Paduka Baginda berharap nilai bidaan yang disalurkan kepada Kerajaan Persekutuan itu dapat digunakan untuk membantu rakyat,” katanya.

Dalam perkongsian di media sosial tersebut, kelihatan baginda perkenan menerima plat FFF 1 daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri FFF dilancarkan oleh Anthony pada 11 Mei lalu di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka.

Ia bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ke-78.

Bidaan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid yang berakhir pada 15 Mei pukul 10 malam dan keputusan penawaran diumumkan pada 16 Mei.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI