Anak yatim, asnaf gembira pilih baju raya

IPOH – Kegembiraan jelas terpancar di wajah 38 anak yatim asnaf dari Rumah Anak-anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda di sini, apabila mereka berpeluang untuk memilih sendiri pakaian raya dalam program Jom Shopping Raya! anjuran Hospital Pakar KPJ Ipoh (KPJ Ipoh) baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Ipoh, Badrul Hisyam Ibrahim berkata, program yang diadakan di sebuah pusat membeli belah terkemuka di bandar raya ini bertujuan untuk berkongsi rezeki kepada golongan kurang berkemampuan menjelang Syawal.

Menurutnya, program ini sekali gus menyemarakkan kasih sayang antara sukarelawan dan anak-anak yatim terlibat serta memberikan keceriaan kepada mereka.

“Ini supaya mereka tidak merasakan diri terpinggir, sebaliknya dihargai dan sentiasa disokong oleh masyarakat.

Rumah Anak-anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda
Penghuni Rumah Anak-anak Yatim Budi Mulia Nurul Huda bersama sukarelawan memilih kasut raya
pada program anjuran KPJ Ipoh baru-baru ini. Foto ihsan KPJ IPOH

“Menerusi program ini, anak-anak terbabit turut diberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan yang baik di mana mereka diberi peluang untuk memilih pakaian dan keperluan sendiri dalam bajet yang ditetapkan dengan bantuan sukarelawan yang terlibat.

“Di samping itu, KPJ Ipoh turut mengambil kesempatan mendidik anak-anak ini berhubung kepentingan penjagaan kebersihan diri dan tempat tinggal supaya kesihatan diri sentiasa terpelihara melalui sesi interaktif penjagaan kebersihan oleh wakil dari Unit Kawalan Jangkitan KPJ Ipoh.

“KPJ Ipoh berharap program ini dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak berkenaan serta dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pakar KPJ Ipoh, Nazrin Cheong Abdullah yang telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak belanja RM1.35 juta untuk bantuan baju raya kepada golongan memerlukan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI