Anggota polis ditahan disyaki peras ugut orang awam RM2,000

IPOH –  Seorang anggota polis ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kes pemerasan melibatkan orang awam semalam.

Difahamkan, suspek berusia 40 tahun itu telah menemui pengadu, seorang buruh sawit  memaklumkan mengenai kes lampau berkenaan kes urin melibatkan pengadu sekitar jam 7 malam, di Langkap, Teluk Intan, Khamis lalu.

Suspek kemudiannya meminta wang sebanyak RM 2,000 kononnya bagi membantu pengadu untuk menyelesaikan kes tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris yang mengesahkan perkara itu memaklumkan suspek ditahan Hutan Melintang, Bagan Datuk sekitar jam 7 malam tadi.

Menurutnya, suspek ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian pemerasan melibatkan anggota polis tersebut.

“Anggota yang bertugas di salah sebuah balai polis di daerah Bagan Datuk itu meminta RM2,000 bagi menyelesaikan kes lampau mangsa

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan,“ katanya selepas menyempurnakan program Pelaksanaan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lafaz Ikrar Rukun Negara Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Pekarangan IPD Ipoh, pada Selasa.

Azizi berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mencemarkan nama baik pasukan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Guru cabul pelajar ditahan, bapa mangsa peras ugut turut ditahan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI