Balu dua anak terima terima pencen penakat Perkeso

IPOH – Balu kepada Allahyarham Muhaimin Said menerima Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Jenazah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Hasil caruman di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), balu arwah, Norhazirah Aini Mohamed Idrus, 46, menerima Pencen Penakat secara bulanan seumur hidup.

Selain itu, balu arwah yang bekerja sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat jurukur tanah berlesen turut menerima dengan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM3,000.

Dua anak lelakinya, Safaraz Hazim, 15 dan Safaraz Huzaiman, 5, juga layak menerima pencen tersebut sehingga mereka mencapai usia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah sarjana muda pertama.

Allahyarham Muhaimin berkhidmat sebagai kerani di Salutica Allied Solutions Sdn Bhd sejak tahun 1996 telah meninggal dunia pada 21 Januari lalu.

Kedua-dua faedah itu diserahkan pada program Ziarah Prihatin Perkeso oleh Pengarah Perkeso Perak, V Mohanadas kepada balu arwah di kediamannya di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari yang turut hadir pada program itu menyampaikan bantuan kotak prihatin berisi barangan keperluan asas.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kes berkenaan membuktikan peranan Perkeso dalam menyediakan jaringan keselamatan sosial kepada golongan pekerja dan keluarga mereka.

“Perlindungan sosial yang disediakan bukan sahaja merangkumi bantuan kewangan tetapi turut menjadi asas penting dalam memastikan kelangsungan hidup dan kesejahteraan tanggungan pekerja sekiranya berlaku musibah yang tidak diduga,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Jumaat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga doktor antara 33 suspek direman terlibat kartel tuntutan palsu PERKESO

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI