Banjir di Perak: 410 mangsa masih berlindung di PPS

IPOH – Situasi banjir di Negeri Perak semakin pulih selepas jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan penurunan daripada 420 kepada 410 orang setakat jam 10 pagi Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, kesemua mangsa banjir  masih berlindung di enam PPS di tiga daerah di negeri ini.

Katanya, jumlah mangsa banjir yang berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Sagor di Daerah Perak Tengah menurun daripada 75 mangsa daripada 20 keluarga kepada 65 mangsa (17 keluarga).

Menurutnya lagi, kesemua mereka dari tujuh kawasan terjejas banjir iaitu Kampung Empai, Teluk Memali, Pasir Garam, Pulau Tiga Kiri, Pasir Putih, Pasir Jenderis dan Kampung Kota.

“Sementara jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di lima PPS di Daerah Kerian dan Hilir Perak kekal, dalam tempoh sama.

“Seramai 35 mangsa daripada 11 keluarga berlindung di PPS SK Changkat Lobak, sementara PPS di SK Parit Haji Aman Bagan Serai menempatkan 27 mangsa daripada lapan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Tambahnya, bagi Hilir Perak, pihak berkuasa masih menempatkan 46 mangsa daripada 17 keluarga dan 147 mangsa daripada 42 keluarga masing-masing di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

Katanya, sementara PPS Dewan Serbaguna Chikus di daerah sama menempatkan 90 mangsa daripada 23 keluarga sejak ia mula diaktifkan pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, paras Sungai Rui di Hulu Perak merekodkan bacaan amaran iaitu 165.64 meter. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir di Perak: Jumlah mangsa terus rekod penurunan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI