Banjir: Polis sentiasa pantau kediaman terjejas

IPOH – Polis Perak sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan kediaman penduduk yang terjejas akibat situasi banjir bagi memastikan harta benda yang ditinggalkan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, justeru mereka yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) banjir tidak perlu berasa bimbang kerana pasukan polis sentiasa melakukan rondaan.

“Seperti sebelum ini, memang kita akan pantau rumah-rumah yang ditinggalkan (mangsa banjir). Rondaan dibuat secara berkala bagi memastikan rumah mangsa banjir ini dalam keadaan selamat.

“Namun, pastikan mereka maklumkan kepada pihak polis lokasi rumah dan mereka tidak perlu bimbang kerana rondaan akan dibuat setiap masa,” katanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berucap pada majlis perasmian Program Pencegahan Jenayah Dan Meniti Kerjaya Dalam PDRM, anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Perak, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OCTOBER 2023

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah dan Meniti Kerjaya Dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pari di sini pada Isnin.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran dan Pengetua SMK Sungai Pari, Balarama Krrishnan.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memberi penerangan kepada pelajar sekolah mengenai jenis pil pada majlis perasmian Program Pencegahan Jenayah Dan Meniti Kerjaya Dalam PDRM, anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Perak, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OCTOBER 2023
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri bergambar bersama pelajar sekolah pada majlis perasmian Program Pencegahan Jenayah Dan Meniti Kerjaya Dalam PDRM, anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM Perak, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pari. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OCTOBER 2023

Seramai 153 mangsa banjir daripada 42 keluarga ditempatkan di dua PPS selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir sejak minggu lalu.

Bagi daerah Hilir Perak, seramai 112 orang daripada 33 keluarga mangsa banjir berada di PPS di Dewan Serbaguna Padang Tembak yang dibuka sejak Isnin lalu.

Mereka yang dipindahkan itu merupakan penduduk dari Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 10, Batu 7, Lorong Sidang Osman, Batu 9 dan Lorong Mesra.

Sementara bagi daerah Kerian, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak pula menempatkan 41 orang daripada sembilan keluarga daripada Kampung Matang Tengah, Bagan Serai. -MG Perak.

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI