Belanjawan Perak 2024: Golongan muda harap bajet mesra belia

IPOH – Pembentangan Belanjawan Perak 2024 yang akan dibentang pada Jumaat diharap lebih mesra belia serta memberi manfaat kepada golongan berkenaan khususnya melibatkan e-sukan.

Peniaga, Abdul Aziz Ahmad, 27, ketika ditemui di Tanjung Malim berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan untuk menyalurkan peruntukan dalam bidang e-sukan yang majoritinya melibatkan belia.

“Sebagai belia, saya berharap kerajaan negeri dapat melakukan penambahbaikan dalam bidang e-sukan kerana ia adalah sukan untuk orang muda,” katanya.

Pekerja swasta, Muhammad Suhail Mohd Ali, 23. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR,

Pekerja swasta, Muhammad Suhail Mohd Ali, 23, berkata, sebagai anak muda di Perak dia mencadangkan supaya penggunaan e-dompet (e-wallet) diperluaskan terutamanya di kawasan luar bandar.

Menurutnya, anak-anak muda pada masa kini tidak lagi membawa wang tunai sebaliknya lebih selesa menggunakan aplikasi perbankan atas talian.

“Saya cadangkan supaya memperbanyakkan lagi penggunaan e-wallet. Kadang-kadang bila saya pergi kedai kecil perkhidmatan itu tidak disediakan.

“Macam saya, saya tidak suka bawa wang tunai kerana takut hilang dan sebagainya. Sebab itu saya lebih suka gunakan e-wallet.

“Justeru, saya mencadangkan kerajaan negeri untuk memberi insentif kepada peniaga di kampung yang menggunakan perkhidmatan tersebut,” katanya ketika ditemui di Bagan Datuk baru-baru ini.

Belanjawan Perak 2024: Golongan muda harap bajet mesra belia
Peniaga, Muhammad Fariss Daniel Hafir, 23. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 NOVEMBER 2023.

Sementara itu, seorang usahawan, Muhammad Fariss Daniel Hafir, 23, berharap untuk belanjawan tahun depan lebih banyak peruntukan diberikan kepada usahawan yang terdiri daripada golongan belia.

“Untuk Bajet Perak 2024, saya berharap kerajaan negeri dapat memberi bantuan kepada usahawan muda untuk supaya dapat memperluaskan perniagaan masing-masing,” jelasnya.

Pada tahun lalu, Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ kerajaan negeri memperuntukkan RM21.6 juta di bawah Pembangunan Modal Insan dan Belia. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN:

Belanjawan Perak 2024: Belia harap ada khabar gembira tentang rumah mampu milik

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI