Budak lelaki 6 tahun terjatuh dari tingkat 6 pangsapuri

PARIT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Seri Iskandar dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat dari orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 10.50 malam.

Menurutnya, sekitar jam 11.20 malam mangsa telah dibawa ke Hospital Changkat Melintang oleh ambulans untuk rawatan awal.

“Hasil siasatan mendapati, semasa kejadian mangsa tinggal bersama kakak dan adik perempuan masing-masing berusia 12 tahun dan setahun sembilan bulan, manakala ibu mangsa berada di tempat kerja.

“Mangsa dipercayai telah jatuh dari rumah semasa memanjat balkoni rumah untuk bermain bersama kawan-kawan,“ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Berikutan itu, kes akan disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Justeru, sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-675 1267,“ ujarnya. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI